بسم الله الرحمن الرحيم
"Abang, rasional tak pelajar kunci pensyarah dalam universiti sebab halang pelajar berdemo?"
"biadap tuh sebenarnya. huhu"
Ya. Perkataan paling sesuai. Biadap. Serasa diri sendiri juga turu biadap apabila meletakkan perkataan itu sebagai perkataan paling sesuai buat mereka yang merasa merekalah pejuang akhir zaman dan merekalah pencinta syahid serta penegak agama Allah.
Diri terus tertanya-tanya di manakah silapnya? Mereka tinggal dibumi anbiya'. Mereka dekat dengan sirah nabawiyah. Terlalu dekat malah. Bukankah ajaran nabi yang paling nabi tekankan ialah akhlakul karimah?
Nabi bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Riwayat Bukhari, Ahmad dan Baihaqi)
Terlalu biasa kita temui kini mereka yang belajar agama tetapi tiada agamanya yakni tiada akhlaknya. Bukankah semakin tinggi ilmu seseorang maka semakin tinggilah akhlaknya? Sepertimana halnya sesebuah negara, negara itu dianggap maju apabila bertamadun iaitu mempunyai peradaban.
Adab. Seringkali kita dikuasai nafsu hingga hilang adab. Aku juga selalu lupa. Bukanlah aku yang menulis ini terlalu tinggi akhlak dan adabnya tapi hanya mahu kita sama-sama menilai kembali diri sendiri. Moga-moga aku yang menulis ini apabila membacanya kembali akan terkesan jua jauh di lubuk hati kini, kelak dan selamanya.
"Betul kata syeikh Ali dalam
video tuh. Mereka miskiinnnnn"
"Hikmah asy-Syuyukh, fi hamasati asy-Syabab" yang bermaksud hikmah orang tua berada dalam semangat orang muda. Hikmah adalah sesuatu yang hilang maka ia perlu dicari, semangat pula berada dalam diri setiap dari kita hanya perlu dipupuk. Suatu hari nanti, apabila kita sudah jumpa sesuatu yang hilang itu maka kita akan melihat dalam diri kita betapa sepatutnya kita begini dan begitu. Tapi perkataan sepatutnya itu tidak relevan lagi kerana kita tidak perlu ada sepatutnya dan sepatutnya dalam diri kita.
Fayafal. Maka lakukanlah!
Terasa ingin menangis semahu-mahunya. Kenapa kita terus mahu menunding jari pada sesama kita? Kalau semua sibuk tunjuk-tunjuk, siapa yang nak selesaikan masalah? Cukuplah. Gula naik salah kerajaan, kerajaan kata salah rakyat gemuk. Hei! Kita bukan budak sekolah, bukan budak tadika.
Sekarang bukan masalah tidak faham langsung. Masalahnya faham sedikit tapi rasa macam faham semua.
Kita sangat kaya tetapi terlalu miskin.
Kita kaya harta tetapi miskin akhlak.
Kita kaya sijil tetapi miskin ilmu.
Kita kaya ilmu tetapi miskin amal.
Kita kaya ego tetapi miskin empati.
Kita kaya semangat tetapi miskin hikmah.
Kita kaya ________ tetapi misikin _______
Kita kaya ________ tetapi miskin _______
Kita kaya ________ tetapi misikin _______
Kita kaya ________ tetapi miskin _______
Kita kaya ________ tetapi misikin _______
Kita kaya ________ tetapi miskin _______
Kita kaya ________ tetapi misikin _______
Kita kaya ________ tetapi miskin _______
Kita kaya ________ tetapi misikin _______
Kita kaya ________ tetapi miskin _______
Sila isi tempat kosong dengan perkara yang relevan.
Moga Allah pelihara kita dari kemiskinan akhirat dan kurangkan kekayaan dunia.