September 7, 2013

Suami Aku Ustaz

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasa rindu yang membuak-buak.
Kalau ada sayap, sudah lama aku terbang ke situ.
Teringat suatu ketika dahulu, bila hati terasa rindu yang amat, rasa itu perlu ditepis sekuatnya agar diri tidak lagha *lalai*.
Sekarang, kalau terasa rindu, apa susah, call saja, sms, video call, pergi jumpa! Ah. Pendek kata semua boleh. Kau ada? =p
Ringan rasanya, tidak terbeban seperti dahulu. Itulah indah aturan Allah.
Fitrah manusia seorang hamba, rasa sakit pabila tuannya murka, rasa bahagia pabila tuannya suka.

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Semakin ramai sohibti yang mengikut jejak langkah dan insyaAllah akan lebih ramai selepas ini. Yang bergelar umi pun ramai juga. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

"Rasa takut pulak ramai sangat orang kahwin sekarang"

Tak perlu takut sebab itu suatu perkara baik. Syaitan pun sedih, dah kurang pemuda-pemudi yang boleh dihasut untuk berzina. Tapi jangan lupa, mereka tetap ada dan akan terus menjalankan kegiatan-kegiatan jahat mereka hinggalah kiamat.

So, don't ever think that you are safe when you are married.
Lagipun, doakan orang selepas kahwin ni banyak juga. Eleh, sama je.
It's not life if it's easy the whole way. Kita akan jumpa pelbagai mehnah *cabaran* sepanjang hidup ini.
Kerana Allah ingin mengangkat darjat kita.
Laaa..Kan selalu doa dalam duduk antara dua sujud, minta Allah warfa'ni *angkatlah darjat ku*

                                              ***************************************
"Biasalah kak, kat sekolah agama kalau ada ustaz-ustaz yang handsome dan dah kahwin, mesti student nak kenal dan cuba rapat dengan isteri ustaz tuh"
But why?
Aku pun tak berapa nak faham pe'el budak-budak ni. Rasanya zaman aku sekolah dulu, tak kiralah cikgu mana, nak juga tengok suami/isteri diorang. Tapi bila dah tengok rilek sudah. Cool saja.
Tapi memang Allah nak bagi satu pengalaman merasa jadi macam artis mungkin. hehe

Well, last PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah), I went to Sk.Kg.Kolam, Kuala Rompin which is very near to my husband's workplace. So, I was in Rompin for a week. On saturday, at night, a seminar on Hadis for form 4 students were held at my husband's workplace. Diorang kan nak ambil exam SMA, so, kenalah pass subjek ni, senang nak ambil STAM nanti. Disebabkan zauji mengajar subjek Hadis tuh, so zauji kena pergi lah seminar tuh and somehow zauji juga yang banyak uruskan pasal seminar tuh, termasuklah penginapan ustaz yang dijemput tuuuu.
Student kat situ, memang dari dulu excited macam jumpa artis kalau jumpa aku. Asyik panggil ustazah-ustazah. Asyik minta zauji kirimkan salam. Pehhh. Memang rasa macam artis. See. Tak payah nyanyi, tak payah tunjuk muka pun dah rasa macam jadi artis. Feeling artis jap. -_-

"Ustaz ustaz, boleh tak kalau kami nak salam dengan isteri ustaz"
Mak ai bebudak ni. Nak salam tuh, salam saja lah, tak payah excited sangat. Tapi diorang punya excited tuh sampai ada yang melompat-lompat suka. -_- Terkejut juga. Pengalaman pertama katakan. But seronok.
So, kahwinlah dengan ustaz handsome. haaaaii, kembanglah zauji kalau baca ni.
*abang tolong jangan perasan walaupun abang memang paling handsome for me*






p/s: Kamu tak rugi sesen, sepeluh pun. Aku yang rugi.