August 24, 2013

Therefore.

بسم الله الرحمن الرحيم


"sayang, bila nak update blog?"
"bukan abang baca pun -_-"

Teringat apabila seorang demi seorang bertanya.
"Macam mana boleh kenal dengan suami? Seorang di sini, seorang di sana."
Simple. Blog. Suami mengenali ku melalui blog.
Kemudian entah kenapa Allah gerakkan hatinya untuk 'add friend' di Yahoo! Messenger (YM).
Dia terus menjadi 'silent reader' ku di blog tanpa kami mengenali satu sama lain.
Takdir Allah menemukan kami lagi waktu aku mula berubah.
Aku mula terbuka hati untuk mempelajari tentang Islam bila dah masuk "Ini Persantren Ilmu Ke sana".
Waktu tuh baru perasan encik ustaz yang jadi friend dalam YM ni.
Then we start chatting which were more to a discussion.
I ask a lot of questions about Islam. And we started knowing each other day by day.
Well, dipendekkan cerita, we decide to get married, after meeting each other and our families.
Alhamdulillah. We've been husband and wife since the 25th of May, 2013 (15 of Rejab 1434)

When I asked my husband why he like to read my blog whereas it was full of craps, well it is still.
"Abang suka baca cerita-cerita sayang. Sekarang suka dengar pulak"
Pelik. Jodoh yang Allah sudah takdirkan. Macam mana jauh pun, macam mana sukar pun, kalau Allah sudah tetapkan, pastinya akan bertemu walau macam mana cara sekalipun.
And now, I wasn't that eager to write on my blog. Cause I know that I have someone whom I can always speak to, whom I can always rely on to listen to all of my stories.

Today I found someone, someone's wife to be more specific.
What's interesting is that she is one of someone's wives. Well, her husband have 4 wives.
4 wives that are friends. I don't know if they had known each other before their husband married them but they were more to sisters than 'madu'..
I wonder how they can be happy sharing one husband. I can't even imagine their feelings.
But they are some strong women. I respect all of them that they can bear this test for having a husband who married 4 wives.

Not many can do that. For example, me myself, I can't stand just knowing my husband know a woman whom I don't know. I'm going to need a lot of courage and a lot of patience to do that.
Alhamdulillah, my husband is very understanding. He knows that I'm a woman with high level of jealousy.
Therefore, he tried his best to not to do something which may cause me being jealous.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Love you abang. ^__^

August 23, 2013

Ujian kita. Ujian mereka.

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah sayang kita. Sebab itu Allah selalu uji.
Hidup ini suatu ujian bukan? Macam main game. Lulus 1 level, kita boleh naik level. Bila sudah naik level makin susah game itu kan? Orang yang tak terer main tak boleh sampai pada level yang susah itu.
Makin Allah sayang kita, makin susah ujian kita dapat. Tapi kita tak boleh nilai ujian yang kita dapat dengan orang lain. Allah kan adil. Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Allah beri ujian yang sepatutya pada orang yang sepatutnya. Mungkin kita lihat, eleh, tak ada apa pun. Tapi bagi dia benda itu sangat perit.
Entahlah. Semakin dewasa, kita perlu jadi orang yang semakin memahami. Bukannya pentingkan diri. Mahu diri rasa senang, rasa bahagia sentiasa. Hidup ini bukan hidup tanpa rasa susah.
By the way.
Ada ke benda senang? Makan pun susah. Kena gerakkan jari ambil makanan. Ambil makanan bawa ke mulut. Sebelum itu, makanan kena cari. Nak dapatkan makanan perlu duit dan tenaga. Untuk dapatkan duit dan tenaga perlu usaha, perlu kerja. Nak kerja kena belajar. Nak belajar kena kena kena. Ah.
Apa benda yang senang? Tak ada.
Habis itu, tak bahagia lah hidup kita.
Cuba fikirkan. Kenapa Allah beritahu kita akan dapat ini dapat itu bila kita buat sesuatu. Bukan kalau kita tahu kita akan dapat ganjaran maka akan hilang ikhlas itu?
Allah beritahu kita, kita akan dapat ganjaran bila buat itu ini supaya bila kita rasa lelah, penat, letih dan jemu, kita ada sesuatu untuk naikkan kembali semangat kita.
Sifat manusia memang cepat letih dan jemu.
Even suami isteri juga boleh letih dan jemu melayani pasangan mereka.
Sebab itu kena sentiasa pasakkan dalam minda, apa benda kita buat untuk Allah.
Agar dapat redha Allah. Agar dapat dekat dengan Allah.
Maka akan hilang rasa jemu, rasa letih, rasa penat.
Bila nak marah, ingat Allah. Hilanglah rasa marah.
Kalau marah pun tak ada guna, bukan boleh patah balik betulkan benda tuh. Benda dah jadi puuunnn.
Selama ni bila kita buat salah, Allah masih ampunkan kita. Allah tak murka hingga tarik nyawa kita waktu itu juga. Habis tuh kenapa kita sukar sekali untuk maafkan orang lain?

Allah.

Moga Allah terus ampunkan aku, kamu dan kita.





*Ya Allah berikanlah kekuatan pada saudara kami di Palestin, di Syria, di Mesir serta di seluruh dunia. Ya Allah berikanlah hidayah dan taufik agar umat Islam di seluruh dunia membuka mata untuk membantu, untuk belajar dan untuk bertaubat kepada-Mu dengan melihat kekejaman yang berlaku.