August 23, 2013

Ujian kita. Ujian mereka.

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah sayang kita. Sebab itu Allah selalu uji.
Hidup ini suatu ujian bukan? Macam main game. Lulus 1 level, kita boleh naik level. Bila sudah naik level makin susah game itu kan? Orang yang tak terer main tak boleh sampai pada level yang susah itu.
Makin Allah sayang kita, makin susah ujian kita dapat. Tapi kita tak boleh nilai ujian yang kita dapat dengan orang lain. Allah kan adil. Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Allah beri ujian yang sepatutya pada orang yang sepatutnya. Mungkin kita lihat, eleh, tak ada apa pun. Tapi bagi dia benda itu sangat perit.
Entahlah. Semakin dewasa, kita perlu jadi orang yang semakin memahami. Bukannya pentingkan diri. Mahu diri rasa senang, rasa bahagia sentiasa. Hidup ini bukan hidup tanpa rasa susah.
By the way.
Ada ke benda senang? Makan pun susah. Kena gerakkan jari ambil makanan. Ambil makanan bawa ke mulut. Sebelum itu, makanan kena cari. Nak dapatkan makanan perlu duit dan tenaga. Untuk dapatkan duit dan tenaga perlu usaha, perlu kerja. Nak kerja kena belajar. Nak belajar kena kena kena. Ah.
Apa benda yang senang? Tak ada.
Habis itu, tak bahagia lah hidup kita.
Cuba fikirkan. Kenapa Allah beritahu kita akan dapat ini dapat itu bila kita buat sesuatu. Bukan kalau kita tahu kita akan dapat ganjaran maka akan hilang ikhlas itu?
Allah beritahu kita, kita akan dapat ganjaran bila buat itu ini supaya bila kita rasa lelah, penat, letih dan jemu, kita ada sesuatu untuk naikkan kembali semangat kita.
Sifat manusia memang cepat letih dan jemu.
Even suami isteri juga boleh letih dan jemu melayani pasangan mereka.
Sebab itu kena sentiasa pasakkan dalam minda, apa benda kita buat untuk Allah.
Agar dapat redha Allah. Agar dapat dekat dengan Allah.
Maka akan hilang rasa jemu, rasa letih, rasa penat.
Bila nak marah, ingat Allah. Hilanglah rasa marah.
Kalau marah pun tak ada guna, bukan boleh patah balik betulkan benda tuh. Benda dah jadi puuunnn.
Selama ni bila kita buat salah, Allah masih ampunkan kita. Allah tak murka hingga tarik nyawa kita waktu itu juga. Habis tuh kenapa kita sukar sekali untuk maafkan orang lain?

Allah.

Moga Allah terus ampunkan aku, kamu dan kita.





*Ya Allah berikanlah kekuatan pada saudara kami di Palestin, di Syria, di Mesir serta di seluruh dunia. Ya Allah berikanlah hidayah dan taufik agar umat Islam di seluruh dunia membuka mata untuk membantu, untuk belajar dan untuk bertaubat kepada-Mu dengan melihat kekejaman yang berlaku.

No comments: