November 17, 2014

Kurniaan Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Hari ni (17/11/2013) insyaAllah hari ke 14 berpantang. Maksudnya, anugerah pertama untuk kami suami isteri juga telah berumur 14 hari. Diri pun masih lagi dalam proses 'mempercayakan' diri yang anak dikandung 9 bulan itu telah dilahirkan, status sudah bertukar menjadi seorang ibu dan bayi comel inilah anak itu.

Hati tergerak menulis di sini insyaAllah agar diri tidak lupa pengalaman pertama 'mengeluarkan seorang bayi dari rahim' ataupun bersalin :D


*************************************************************

"Baby ni tak nak keluar ke sayang? Kesian umi ni. Cepatlah keluar nak.". Setiap hari berdoa dan cakap kat baby dalam perut minta keluar cepat. Waktu scan doktor kata baby dah dekat laluan tinggal tunggu waktu saja nak keluar. Nurse yang check setiap kali check up pun cakap benda yang sama. Hati dah semakin risau, emosi pun dah tak menentu. Sampai menangis-nangis mengadu dengan suami sebab baby tak nak keluar dan rasa nak merajuk dengan baby. Tapi ingatkan diri semula, Allah yang aturkan semuanya, biarlah dia nak keluar bila asalkan dia selamat, nak duduk lama-lama kat dalam pun tak apa asalkan selamat dan sihat kat dalam.

Hari terakhir check up di klinik sebelum due date ialah 30 Oktober. Nurse masih cakap benda yang sama, baby tunggu masa saja nak keluar. Berat pula makin naik. "Orang lain nak beranak berat makin turun awak ni makin naik" -_- Bila cerita dekat mertua, katanya selalunya lambat lagi kalau berat masih naik. -_- Makin mendung rasa hati. Kuatkan saja la hati. Doktor pula tak dapat jumpa, kena datang semula esoknya untuk scan sahaja.

Esoknya, datang ke klinik semula untuk scan. Jantina masih tak nampak. Dari awal mengandung hingga scan yang terakhir masih tak nampak jantina, dah malas nak tanya sebenarnya sebab dah redha dengan apa saja yang keluar. Disebabkan tarikh jangkaan bersalin adalah esok, maka dapatlah surat cinta untuk ke Hospital Pekan/Kuantan pada 8 November untuk di 'induce' (kalau tak bersalin lagi lah pada tarikh tu). Bertambah-tambahlah kerisauan di hati bila memikirkan cerita-cerita orang yang di 'induce' kebanyakkanya kata lebih sakit dari sakit semulajadi, termasuklah mertua yang juga pernah di 'induce'.

1 November. DUE DATE!
Rasa nak nangis dan memang dah menangis puuunn. Baby masih tak keluar lagi. Aktiviti harian berjalan-jalan dan naik turun tangga memang makin giat lah. Siap cuci toilet lah. Segala benda nak buat. Tapi sampai ke malam masih belum ada tanda-tanda. Dalam hati terus berdoa moga dipermudahkan urusan melahirkan dan dipelihara aurat sepanjang proses sebelum semasa dan selepas melahirkan.

2 November.
Terjaga pada subuh hari lebih awal dari biasa. Rasa nak ke tandas sangat dah. Ehhh. Darah!
Rupanya Allah nak tunjukkan yang tanda nak melahirkan sudah ada. Alhamdulillah. Maksudnya, tidak hari ini maka esok insyaAllah akan melahirkan. So, no induce! heeee =D

Usai membersihkan diri dan berwudhu, kejutkan suami "abang, ada orang nak datang". Suami bingkas bangun, "betul ke?"


To be continue

No comments: