July 9, 2013

Pertemuan Itu

بسم الله الرحمن الرحيم

Zauji: "Sekejap betul jadi rapat"
^__^

Alhamdulillah.
Pertemuan singkat tapi bermakna.
Bermula di facebook kemudian ke whatsapp dan wechat.
Akhirnya mata bertemu mata.
Tak sangka kan? Rasa macam dah kenal lama.

"Harap walau apa terjadi kita masih boleh kekalkan hubungan ni"

Hancur luluh rasa hati dengar kata-kata tuh.
Aku harap mereka kuat.
Aku berada dalam jalan ini sekarang pun dengan izin Allah.
Moga mereka terus mengharapkan izin-Nya.
Terus berpegang dengan janji-Nya.

Salah aku juga mungkin bercerita tentang cerita sedih itu.
Tapi aku harap dia faham.
Kakak, kita tidak bergantung harap pada si dia.
Kita berharap pada si Dia.
Insya Allah.
Tidak di dunia akan ada di akhirat.

"Mungkin lepas kahwin akan pakai tudung labuh, tengok B dan H"
 ^___^
Berbunga rasa hati.
Moga niat baik dia itu ditetapkan dan diizinkan Allah.
Bukan kerana yang bertudung labuh itu pasti baik.
Tapi kita selalu mencuba mahu menjadi lebih baik.
Sekarang tutup sikit, lepas ni mahu tutup banyak.

"Macam mana boleh nak pakai macam ni?"
Susah nak explain. Susah nak terangkan dan jelaskan.
Tapi bila kita sentiasa mahu menjadi lebih baik.
Moga usaha yang sedikit ini dipandang Dia.

Dan usaha yang sedikit tadi Dia tambahkan dengan ujian kecil.
Moga Dia lihat usaha ini.
"Allah sayang sayang."
Bila tak sihat, baru kita rasa nikmat sihat itu.
Mohon doa semua.
Mahu sihat agar dapat khidmat pada suami, agar dapat ibadat lebih banyak, agar dapat tuntut ilmu lebih banyak.

No comments: