July 8, 2013

Taat dan Patuh

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya. Ini bukan main-main.
Aku masih belajar.
Belajar untuk taat.
Maka izinkan aku belajar.

"...dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."

Orang sekeliling kita, terutamanya orang yang rapat dengan kita adalah ujian terbesar bagi kita.
Kita kadang-kadang tak sedar bahawa kita sedang diuji.
Contohnya, pada hari jumaat kita ada kelas petang, kita ada presentation secara berkumpulan, dalam masa yang sama mertua kita sakit, suami pula minta kita balik bersama, pada malamnya pula kita ada mesyuarat persatuan di mana kita merupakan salah seorang ahli jawatankuasa.
Bila keadaan macam ni muncul, sangat penting untuk kita kenal pasti, tanggungjawab pada siapa yang paling utama, hak yang siapa yang wajib kita lunaskan dahulu dan siapa yang mendapat mudharat lebih teruk. Orang selalu cakap "kau tak rasa apa aku rasa" Betul. Sangat betul. Lain orang lain pandangan. Lain orang akan pandang pada sudut yang berbeza.
Hari ini aku rasa apa aku buat betul, esok baru sedar rupanya salah.
Tapi pilihan-pilihan yang kita buat dalam hidup ini mesti ada sebab kenapa Allah takdirkan kita buat.
Manusia kan selagi tak kena selagi itu tak belajar. Cara paling bagus untuk buat manusia belajar adalah melalui musibah. Kenapa? Orang baling duit, kita sibuk tengok duit dulu. Cuba orang baling batu, confirm terus toleh tengok siapa. Kan?

Dulu aku sungguh tak faham konsep kenapa kena pentingkan keluarga dan balik sedangkan ada amanah lain kau perlu buat. Bila kau dah kahwin, baru kau nampak. Eh, suami aku lebih penting rupanya daripada segala benda. Yalah. Keluarga aku jauh. Lagipun, mindset orang "alah, family aku kenal aku, diorang faham aku, mestilah diorang ok je. aku tahulah. family aku." see?
Dan aku akan buat anak-anak aku nanti insyaAllah rasa rumah adalah lebih penting daripada benda lain. Biar anak-anak aku nampak yang sebenarnya tuntutan, hak dan tanggungjawab pada keluarga lebih besar daripada tuntutan, hak dan tanggungjawab pada orang lain. Biar anak-anak aku nanti insyaAllah nampak yang umi wa abi mereka inilah segalanya bagi mereka. Biar anak-anak aku nanti insyaAllah nampak yang umi wa abi jalan mereka ke syurga, kalau tak lepas, tak lepas lah mereka. Tapi mana ada mak tak sayang anak kan. Mestilah kita akan redhai semua anak-anak kita. Cuma aku mahu mereka faham apa yang Rasulullah ajar. Bukan ambil apa yang mereka nampak mudah bagi mereka. Jangan jadi macam aku. Sobsobsob -__-
Pergghh.
Cakap macam dah ada anak.
Tunggulah insyaAllah 2 tahun atau setahun setengah lagi.

Moga mereka-mereka itu nanti dikurniakan kefahaman.
Moga mereka-mereka itu nanti terjaga aqidah, ibadat dan akhlaknya.
Moga Allah jaga mereka-mereka itu nanti.

*Tak sabar nampak. ^__^

Ok. Siapa nak kahwin sekarang?
Ingat senang? Dulu hidup seorang. Sekarang berdua.
Dulu family 1. Sekarang family 2.
Ingat senang nak jaga ketaatan tuh?
Eleh. Dulu kena taat pada mak ayah juga. Sama lah.
Tak. Tak langsung.
Tak percaya pergilah try. =p

Alhamdulillah dapat suami yang sangat penyabar, sangat memahami dan sangat penyayang. Serious. Sebelum ini dikelilingi dengan lelaki yang baran, tak solat, perangai buruk, pemukul dan macam-macam lagi perangai buruk. Bila Allah kurniakan seorang suami yang seperti ini. Allah. Tak tahu nak cakap apa.
Betul. Perancangan Allah memang sangat tidak terduga. Sebab itu kena terus yakin dan percaya.
Allah sayang kita. Allah pasti berikan yang terbaik untuk kita. Kita suka atau tidak. Itulah yang terbaik untuk kita. Ada sebabnya. Kita akan tahu sebabnya sama ada cepat atau lambat sahaja.


p/s: iloveyou abang

No comments: